BM | EN | 中文

Sultan Johor kecewa perebutan kuasa tatkala rakyat susah

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar-2.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OGOS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan kekecewaan baginda apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa tatkala rakyat dalam keadaan susah serta gelisah ketika mendepani ancaman Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Justeru, sempena permulaan Tahun 1443 Hijrah, baginda menyeru semua pemimpin Islam, terutama yang berbangsa Melayu di Malaysia supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah SWT dan Dia memberi kuasa kepada orang yang dikehendaki dan Dia juga yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Dia kehendaki.

“Oleh itu, semua pemimpin perlulah jujur dan amanah dalam memikul tanggungjawab yang diberikan, dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah, bukannya kepentingan diri sendiri sehingga menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan politik tanah air,” titah Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi baginda petang ini.

Advertisement

Baginda juga bertitah ini adalah masa untuk berebut-rebut bagi membantu rakyat dan bukannya masa untuk berebut kuasa serta kedudukan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top