BM | EN | 中文

SULTAN JOHOR HADIR MAJLIS ‘HI-TEA’ SEMPENA DIBW 2019

Sultan-Johor-Tunku-Mahkota-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Minggu Permotoran Antarabangsa Desaru (DIBW) 2019 yang julung kali dianjurkan dimeriahkan dengan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim bersama Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat ke majlis minum petang semalam bersama hampir 300 jemputan.

Terdahulu, Sultan Johor turut berkenan menunggang motosikal Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike dari Sebana Cove menuju ke lokasi majlis.

Advertisement

Tunku Mahkota Ismail juga turut mengetuai konvoi bermotosikal bersama hampir 150 penunggang berlepas dari Istana Pasir Pelangi, di sini, menuju ke Pusat Konvensyen Desaru Coast, Kota Tinggi.

DIBW 2019 merupakan ilham Tunku Mahkota Ismail telah mencatat lembaran sejarah baharu aktiviti bermotosikal kuasa tinggi di negara ini.

Ia secara tidak langsung dapat mempromosikan serta meningkatkan sektor pelancongan negeri Johor.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top