BM | EN | 中文

Sultan Johor gesa Peguam Negara batal rayuan keputusan isu kerakyatan

Sultan-Johor-gesa-Peguam-Negara-batal-rayuan-keputusan-isu-kerakyatan.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement
JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar Peguam Negara membatalkan rayuan keputusan isu kerakyatan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Sultan Ibrahiam bertitah kerajaan perlu menggugurkan rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan anak dilahirkan warga Malaysia di luar negara untuk diberikan kewarganegaraan secara automatik, tanpa mengira ianya ibu atau bapa kepada anak berkenaan.

Titah baginda, semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan negara ini.

“Kesucian mahkamah mesti dipelihara. Mengapa ibu warganegara Malaysia yang melahirkan di luar negara perlu alami diskriminasi? Ini adalah hak asasi setiap anak yang dilahirkan, tidak kira ibu atau bapanya yang merupakan warganegara Malaysia.

Advertisement

“Ada sesuatu yang tidak kena apabila pihak bapa dan ibu dipandang secara berbeza daripada sudut undang-undang dalam soal berkaitan kerakyatan anak mereka.

“Adakah ibu dan bapa mempunyai taraf kerakyatan Malaysia yang berbeza?,” titah Sultan Ibrahim seperti disiarkan Royal ress Office (RPO).

Sultan Ibrahim bertitah kerajaan tidak wajar menolak kerakyatan kepada mereka yang berhak, lebih-lebih lagi apabila Malaysia berdepan masalah serius kehilangan orang muda yang berbakat dan berkelayakan.

Advertisement

“Inilah masanya untuk menerima mereka dan menerapkan semangat Malaysia dalam diri mereka, bukannya menolak dan menghalau mereka.

“Dasar seperti ini adalah tidak betul,” titah baginda lagi.

Titah baginda lagi, dalam semangat “Keluarga Malaysia” yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Peguam Negara harus segera menarik balik rayuan ke atas keputusan mahkamah itu.

Advertisement

Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang dilahirkan ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kewarganegaraan Malaysia.

Media melaporkan bahawa kerajaan memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top