JOHOR BAHRU, 5 MAC : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Berandam Surai anakanda puteri Tunku Tun Aminah dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah, semalam.
Menurut kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook The Royal Johor, berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
Turut berangkat paduka-paduka anakanda serta Kerabat DiRaja Johor.
Majlis Potong Jambul dimulakan oleh Tuanku Sultan Johor serta Permaisuri Johor sambil diiringi selawat Nabi, diikuti paduka-paduka anakanda.
JohorKini