BM | EN | 中文

Sultan Johor cadang ‘lockdown’ bersasar negeri bersempadan tangani Covid-19

sultan-ibrahim-johor.jpg

Gambar FB Sultan Ibrahim

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 MEI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan kepada kerajaan agar melaksanakan lockdown (Perintah Kawalan Pergerakan penuh) secara bersasar melibatkan neger-negeri bersempadan bagi menangani peningkatan kes COVID-19.

“Ini boleh dilakukan tanpa menghentikan kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya. Saya mencadangkan lockdown penuh secara bersasar mengikut negeri ataupun rantau.

“Contohnya zon selatan — Johor, Melaka dan Negeri Sembilan full lockdown selama dua minggu diikuti zon lain seperti di pantai timur (Pahang, Terengganu, Kelantan),” titah Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi baginda hari ini.

Advertisement

Titah baginda negeri yang tidak dikenakan PKP penuh itu boleh meneruskan kegiatan ekonomi berdasarkan prosedur operasi standard PKP biasa, dan dengan itu bilangan kes dapat ditangani tanpa menutup kegiatan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Sultan Ibrahim berharap cadangan baginda akan dipertimbang oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Sudah tidak terkata lagi kebimbangan dan ketakutan tentang situasi COVID-19 di negara ini kita. Saya mencadangkan perkara ini atas keprihatinan kepada nasib yang menimpa negara kita.

Advertisement

“Saya harap ia akan dipertimbangkan sebaiknya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” titah Sultan Johor lagi.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top