SULTAN JOHOR CADANG KEPERLUAN SEBUAH LAGI HOSPITAL DI JOHOR BAHRU
Sultan Ibrahim ketika menerima kunjungan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

SULTAN JOHOR CADANG KEPERLUAN SEBUAH LAGI HOSPITAL DI JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 4 DIS : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencadangkan keperluan sebuah lagi hospital di bandaraya ini.

Ia susulan berlaku peningkatan pesakit serta berlaku kesesakan di Hospital Sultan Aminah (HSA) pada masa ini.

“Saya turut mencadangkan keperluan sebuah lagi hospital di Johor Bahru memandangkan berlaku peningkatan dari segi pesakit serta kesesakan di HSA pada masa sekarang.

“Saya mahukan perkhidmatan perubatan awam yang lebih baik untuk rakyat Johor,”titah baginda dalam status yang dimuatnaik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menerima kunjungan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Dalam kunjungan itu turut dibincangkan mengenai perancangan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor, yang bertumpu sepenuhnya kepada rawatan, penyelidikan dan pendidikan kanser.

Wakil Asian American Medical Group (AAMG) yang menerajui projek ini, mengutarakan keperluan lebih ramai bilangan pakar kanser bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

Pusat Kanser itu dalam merealisasikan impian Almarhum Tunku Abdul Jalil yang sentiasa mahu membantu pesakit kanser.

Selain itu, Dzulkefly turut menyampaikan perkembangan semasa mengenai kerja-kerja penambahbaikan HSA.

Antaranya, membabitkan pendawaian bangunan utama sudah berusia lebih 70 tahun yang perlu ditambah baik dan kerja-kerja akan dimulakan pada tahun depan.

Lokasi tragedi kebakaran Unit Rawatan Rapi HSA yang terbakar pada Oktober 2016 akan diperbaiki.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )