JOHOR BAHRU, 7 JAN : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra bersama rakyatnya di Segamat.
Menurut perkongsian dalam Facebooknya, Baginda berkenan melawat U Sentral di Taman Bandar Utama, Ahad lepas dan diikuti keesokkannya bersarapan pagi bersama rakyat di Warung Haji Hamdan, Kampung Jawa.
Terdahulu, orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah itu bagaikan tidak percaya melihat keberangkatan Baginda Tuanku Sultan.
Para pengunjung turut bersalaman dan merakam gambar kenangan bersama Baginda Tuanku Sultan.
JohorKini