BM | EN | 中文

Sultan Johor berkenan terima taklimat perkembangan projek RTS

RTS-Ku-Yem.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 DIS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim di Istana Flintstones, dekat Mersing.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Johor, dalam pertemuan bersama baginda semalam, Wee dan Mohd Zarif telah mempersembahkan laporan terkini projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Dalam pertemuan itu, baginda menzahirkan beberapa pandangan mengenai kemajuan projek tersebut kepada Wee dan Mohd Zarif.

Advertisement

“Saya amat menghargai kehadiran kedua-dua mereka untuk menyampaikan taklimat mengenai projek berkenaan (RTS) sehingga datang ke Johor walaupun mempunyai jadual kerja yang padat.

“Saya turut menekankan bahawa projek ini perlu berjalan secara lancar dengan menepati jadual pembinaannya,” titah baginda.

Menurut hantaran di laman berkenaan, pada 22 November lepas, Sultan Johor berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak projek RTS Link yang diadakan secara maya, tapak itu bakal menempatkan bangunan Imigresen, Kastam dan Kuarantin di Bukit Chagar.

Advertisement

Pelaksanaan projek RTS Link itu, dilihat bukan sahaja memberikan manfaat dari segi sosio-ekonomi, malah bakal mengubah landskap pengangkutan awam di Johor, selain terus mengeratkan hubungan dengan Singapura.

RTS merupakan perkhidmatan rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Singapura dan Malaysia menerusi terminal di stesen Woodland North di Singapura dan terminal Bukit Chagar di Johor Bahru.

Apabila siap dalam masa enam tahun lagi, ia dijangka menjadi laluan alternatif bagi mereka yang merentasi Tambak Johor dan mempunyai kapasiti sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap laluan tersebut.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top