JOHOR BAHRU, 17 APR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, berkenan menyediakan bubur lambuk untuk disampaikan kepada rakyat.
Baginda dalam perutusan yang dimuatnaik ke laman Facebook hari ini berkata, bubur lambuk itu akan disediakan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru disampaikan kepada kakitangan Istana.
“Bubur lambuk yang merupakan “buah tangan” dari Istana juga bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini,” menurut perutusan itu yang disiarkan di laman facebook Sultan Ibrahim.
Dalam hantaran itu dinyatahan pada tahun lalu baginda turut meluangkan masa memasak sendiri bubur lambuk di Istana Pasir Pelangi yang kemudiannya disampaikan kepada orang ramai di pelbagai lokasi seluruh Johor.
Johorkini