BM | EN | 中文

Sultan Johor berkenan memuliakan gelaran Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda

Che-Khaleeda-Binti-Bustamam.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 MAC: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memuliakan gelaran isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam dengan gelaran Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata gelaran itu berkuat kuasa serta merta.

“Jumaah Majlis Diraja Johor menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Tazim, iaitu Tuanku suka dan berkenan memuliakan gelaran Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berkuat kuasa serta merta,” katanya menerusi kenyataari yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan ibrahim di sini hari ini.

Advertisement

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Puan Besar Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Okt 2014. Pasangan diraja itu kini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu seorang puteri dan dua putera.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top