BM | EN | 中文

Sultan Johor beri amaran bubar DUN jika ahli politik terus bertelagah

sultan-johor-sidang-dun-sultan-ibrahim-sultan-iskandar.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 OGOS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah akan membubarkan Dewan Negeri Johor sekiranya ahli politik terus bertelagah.

Baginda dalam ucapan sempena pembukaan sidang dewan negeri Johor bertitah tidak akan melayan permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sehingga menganggu-gugat negeri dan kerajaan.

“Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor.

Advertisement

“Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masingmasing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut bertitah akan menyerahkan semula kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baharu apabila wabak Covid[-19 telah terkawal.

“Selepas ini pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat.

Advertisement

“Untuk membangunkan semula ekonomi selepas wabak ini dapat dikawal, kerajaan perlu bekerja keras untuk membantu para peniaga dan juga menarik pelabur luar agar banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Kerajaan juga perlu membuat dasar baharu yang mesra pelabur, dengan insentif yang sangat menarik. Saya pasti banyak pelabur akan datang ke negeri Johor.

“Namun, jika kerajaan sering menukar dasar mungkin kerana dengki dengan saya, atau iri hati dengan kemajuaan negeri Johor, maka pelabur akan hilang keyakinan dan pergi ke negara lain.

Advertisement

“Saya juga harapkan agar kerajaan pusat memberikan perhatian dan membantu pembangunan negeri johor dengan lebih banyak lagi, terutama dalam bidang kesihatan dan infrastruktur jalan raya,” titah baginda lagi.

Dalam pada itu Sultan Ibrahim turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua para petugas barisan hadapan atau “frontliners” yang cekal berkhidmat dalam menangani wabak Covid-19.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada perdana menteri dan kerajaan pusat yang telah memberikan lebih banyak bekalan vaksin kepada negeri Johor.

Advertisement

“Penghargaan juga saya ucapkan kepada semua pihak yang telah menghulurkan bantuan, sama ada bantuan makanan, kewangan dan sebagainya, bagi membantu rakyat yang terjejas.

“Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga wabak ini segera hilang agar seluruh rakyat dapat menikmati kehidupan yang sempurna, sentosa dan bahagia,” titah baginda.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top