BM | EN | 中文

SULTAN JOHOR BAYAR CUKAI LHDN TANPA GAGAL SETIAP TAHUN

sultan-ibrahim-2.jpg

JOHOR BAHRU, 7 NOV : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjalankan kewajipan baginda sebagai pembayar cukai dengan membayarnya tanpa gagal setiap tahun.

Memetik kenyataan Royal Press Office semalam, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor, MD Kamal Johan berkata, baginda membayar cukai secara teratur dan tepat.

“DYMM Sultan Johor setiap tahun membayar cukai secara teratur dan tepat di mana ia (cukai) merupakan salah satu enjin penting kepada negara dalam memperoleh hasil pendapatan.

“Ini bukan sahaja penting untuk pembangunan negara, malah juga penting untuk pertumbuhan ekonomi negeri Johor,” katanya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap MD Kamal di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Md Kamal turut mempersembahkan cek lebihan bayaran cukai kepada Sultan Johor bagi tahun 2018.

Baginda juga turut berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top