BM | EN | 中文

Sultan Johor arah MAINJ siasat isu kain rentang anti-Rohingya

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JUN: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan pejabat Penghulu untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung isu kain rentang anti-Rohingya yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim menerusi hantaran dalam laman Facebook baginda semalam bertitah meminta semua pihak berhenti daripada menyebarkan khabar angin dan spekulasi berhubung isu tersebut kerana tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Isu kain rentang anti-Rohingya yang tular di dalam laman media sosial baru-baru ini, telah mengundang pelbagai reaksi negatif, terutamanya terhadap institusi masjid dan surau di kawasan berkenaan.

Advertisement

“Justeru, saya telah mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Pejabat Penghulu untuk menjalankan siasatan terperinci seterusnya melaporkan semula terus kepada saya.

“Saya juga mahu semua pihak berhenti daripada menyebarkan khabar angin dan spekulasi kerana tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat,” titah Sultan Ibrahim.

Baru-baru ini,  kain rentang anti-Rohingya dengan tulisan “Kami Tak Perlukan Anda Disini” berhampiran sebuah surau di kawasan Plentong tular di laman sosial.

Advertisement

Justeru itu, Sultan Ibrahim turut menasihati semua pihak supaya jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga lupa bahawa perkara yang ditulis berkemungkinan adalah fitnah.

“Jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga lupa bahawa perkara yang ditulis kemungkin adalah fitnah.

“Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan,” kata baginda memetik maksud Surah Al-Baqarah, Ayat 217.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top