BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim, TMJ ziarah Makam Diraja Johor sempena Hari Hol

hari-hol-sultan-johor-2021.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 SEPT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menziarahi makam kerabat diraja Johor di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, sempena Hari Hol.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan bonda baginda, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Advertisement

Hari Hol merupakan acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top