BM | EN | 中文

SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGHADAP SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN

IMG-20191123-WA0000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 NOV: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan ahli majlis mesyuarat kerajaan (MMK) negeri sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-61 semalam.

Selain MMK, turut diterima mengadap ialah ahli-ahli jumaah Majlis Diraja Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru diketuai Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli selain Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Berangkat sama, Pemangku Raja Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri YAM Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Advertisement

“Baginda Tuanku Sultan sejak pagi tadi (semalam) menerima kunjungan pelbagai pihak terdiri daripada Ketua-ketua jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan.

“Antaranya, Pengasas Angkatan India Setia Johor (AISJ), S. Deva bersama rombongan yang membuat kunjungan hormat ke atas Baginda Tuanku Sultan turut mengalungkan bunga malai kepada DYMM Sultan Johor,” catatan tersebut dipetik.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan pelbagai kek yang diterima Baginda sempena Hari Keputeraan Sultan Johor kepada rumah anak-anak yatim sekitar negeri ini.

Advertisement

Melalui catatan di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan mengurniakan kek harijadi tersebut yang dihadiahkan dalam pelbagai rupa antaranya berbentuk motosikal, kereta, lori dan kapal terbang.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dikenali sebagai peminat kenderaan dan sukan bermotor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top