BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim terima mengadap PM, dapatkan perkembangan semasa negara

sultan-ibrahim-muhyiddin-yassin.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OGOS: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru, tengah hari tadi.

Melalui hantaran di laman facebook rasmi baginda, pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang,” titah Sultan Ibrahim, menurut Royal Press Office (RPO).

Advertisement

Terdahulu, pada pagi tadi Muhyiddin yang juga Adun Gambir menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 pada hari ini dirasmikan oleh Sultan Johor.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top