BM | EN | 中文

SULTAN IBRAHIM TEGUR SISTEM PENCAHAYAAN KOMPLEKS CIQ

sultan-ibrahim-5.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Al-Haj menegur sistem pencahayaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin, (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini kerana bimbang dengan keselamatan pengguna termasuk pejalan kaki.

Teguran yang dihantar jam 7 malam tadi melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan pencahayaan bangunan yang gelap atau kelam ketika ini perlu segera ditambahbaik demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Menurut akaun tersebut, Baginda turut bertitah untuk mengadakan pertemuan dengan jabatan dan agensi penguatkuasaan yang bertugas di kompleks berkenaan.

Advertisement

“Bukan sahaja mengenai sistem pencahayaan, malah saya mahu bertanyakan pelbagai perkara lain dalam pertemuan itu nanti.

“Jangan pandang mudah sistem pencahayaan kerana khuathir boleh memberi pelbagai implikasi dari segi keselamatan bukan sahaja kepada pengguna kereta atau motosikal, malah pejalan kaki,” titah Sultan Johor.

Baginda Tuanku Sultan bertitah, begitu juga perkara lain antaranya berapa kerap latihan kebakaran diadakan di kompleks berkenaan dan bagaimana dari segi aspek rondaan keselamatan.

Advertisement

“Adakah keperluan tandas mencukupi, dari segi rawatan perubatan bagaimana jika berlaku kecemasan, begitu juga jika berlaku kebakaran kenderaan adakah kekuatan pasukan penyelamat mencukupi,” titah Baginda.

Sultan Johor bertitah, perkara-perkara ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana membabitkan kepentingan ribuan rakyat yang setiap hari berulang-alik kerja ke Singapura.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top