BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim rasmikan Permaisuri Zarith Sofiah Opera House

sultan-opera.jpg

Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Permaisuri Zarith Sofiah Opera House

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat merasmikan Permaisuri Zarith Sofiah Opera House, di sini, semalam.

Mengikut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia merupakan panggung opera antarabangsa pertama di negeri ini.

“Panggung opera berkenaan akan menjadi pusat persembahan pelbagai genre pementasan seni budaya dan boleh memuatkan lebih 500 penonton,” kata kenyataan itu.

Advertisement

Keberangkatan Sultan Ibrahim diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Permaisuri Zarith Sofiah Opera House

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri bersama paduka anakanda turut berkenan menyaksikan beberapa persembahan oleh Yayasan Warisan Johor dan artis-artis China sebelum berangkat pulang.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top