BM | EN | 中文

SULTAN IBRAHIM RASMI MASJID DAING ABDUL RAHMAN

IMG-20191122-WA0013.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan Masjid Daing Abdul Rahman yang terletak di Taman Nusa Idaman, hari ini.

Masjid dengan rekabentuk futuristik itu bernilai kira-kira RM5 juta, bertemakan ‘industrial dan mesra alam’ disiapkan selepas dua tahun pembinaan.

Dalam pada itu, baginda Sultan Ibrahim turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang diimamkan oleh Imam Masjid Daing Abdul Rahman, Imam Haji Imran.

Advertisement

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Javanthi.

Seorang jemaah, merangkap ahli jawatankuasa Masjid Daing Abdul Rahman, Abdul Ghaffar Ahmad, 72, berkata, masjid ini telah tersenarai antara 27 masjid terunik seluruh dunia.

“Masjid ini telah direkabentuk oleh arkitek kelahiran Johor, Ar. Md Razin Mahmood dari Razin Architect.

Advertisement

“Masjid ini bukan sahaja bersifat futurastik dan mesra alam sekitar, malahan boleh digunakan oleh 2,000 jemaah serentak,” kata Abdul Ghaffar .

Difahamkan, masjid tersebut dibina di atas tanah seluas kira-kira tiga ekar yang diwakafkan oleh UEM Land Berhad, dan telah menggamit kehadiran ramai pengunjung terutama bagi pelajar jurusan senibina.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top