BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim namakan semula ‘Johor Cricket Academy & Oval’ sempena mendiang Dr Harjit

Sultan-Ibrahim-namakan-semula-Akademi-Kriket-ohor-sempena-mendiang-Dr-Harjit.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menamakan semula Johor Cricket Academy & Oval di Mutiara Rini dekat sini kepada Datuk Dr Harjit Singh Johor Cricket Academy & Oval.

Menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi baginda semalam dengan disertakan beberapa gambar, langkah itu sebagai menghargai jasa mendiang Dr Harjit sebagai tokoh yang banyak menyumbang dalam pembangunan sukan kriket di Malaysia dan Johor.

Sementara itu, Pemangku Presiden Majlis Kriket Johor Datuk Avinderjit Singh menyambut baik perkara berkenaan.

Advertisement

Beliau berkata Majlis Kriket Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan baginda mengabadikan nama mendiang Dr Harjit di akademi berkenaan.

“Beliau (Dr Harjit) adalah individu yang cukup berjasa kepada pembangunan sukan kriket dan kami semua akan sentiasa mengenang dan merinduinya,” kata Avinderjit.

Dr Harjit, 70, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 20 Okt tahun lepas.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top