BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim minta ADUN Johor buat pilihan, PH atau gabungan

kereta-sultan-johor.jpg

Kenderaan dipandu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninggalkan Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan selepas pertemuan dengan ADUN Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 FEB: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meminta setiap ADUN Johor supaya menyatakan pilihan mereka sama ada Pakatan Harapan (PH) atau gabungan untuk mentadbir negeri ini.

Berangkat sama, Pemangku Raja, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Proses tersebut dipercayai selesai selepas kenderaan dinaiki baginda meninggalkan Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini pada jam 5.09 petang.

Advertisement

Perkara itu dimaklumkan beberapa ADUN yang ditemui selepas selesai pertemuan secara peribadi dengan Sultan Ibrahim.

Dalam pada itu, ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, pertemuan dengan Sultan Ibrahim itu ringkas dan berjalan dengan lancar, kurang daripada lima minit.

“Kita diberikan pilihan (sama ada menyokong PH atau gabungan), saya tadi telah membuat pilihan.

Advertisement

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Sultan Ibrahim kerana mengambil inisiatif membantu menyelesaikan krisis politik ketika ini,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata demikian ketika ditemui selepas meninggalkan Bangunan Sultan Ibrahim.

Sementara itu, ADUN Bekok, Dr S Ramakrishnan pula memberitahu, pihaknya yakin kerajaan PH akan dapat terus mentadbir sebagai kerajaan negeri.

Advertisement

“Saya yakin kerajaan PH akan terus mentadbir negeri ini, kita mempunyai jumlah mencukupi,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top