BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim mahu Exco baharu bekerja dalam satu pasukan demi kepentingan rakyat

IMG-20200306-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 MAC: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang baharu bekerja dalam satu pasukan demi kepentingan rakyat.

“Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memastikan ekonomi dan kepentingan negeri Johor sentiasa terpelihara.

“Anda semua berperanan untuk menyatu-padukan semula rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini,” titah Sultan Johor.

Advertisement

Baginda Tuanku Sultan bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top