JOHOR BAHRU, 16 JAN : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua (DMIJ) kepada tiga orang individu hari ini.
Menurut laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis pengurniaan yang membawa gelaran Dato’ itu diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini.
Kurniaan itu diberikan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin; Pegawai Daerah Muar, Dato’ Mohd Haffiz Ahmad dan Pengarah Perubatan Hospital Gleneagles Singapura, Dato’ Dr Lee Kang Hoe.
Turut berangkat ke majlis itu, Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.
JohorKini