BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim kurnia 42 ventilator kepada hospital di Johor

sultan-ibrahim-ventilator.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 APR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 42 ventilator (alat bantuan pernafasan) bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.

Perkara tersebut dinyatakan dalam laman Facebook rasmi baginda yang dimuatnaik semalam dan sumbangan berkenaan diserahkan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu.

Baginda bertitah, sumbangan berkenaan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Advertisement

“Bantuan ventilator yang kita sampaikan ini juga merupakan sumbangan daripada dermawan dan juga rakan-rakan saya lain.

“Saya amat memahami pada situasi masa kini, hospital-hospital amat memerlukan peralatan ini khususnya bagi kegunaan pesakit.

“Ini merupakan kerjasama di antara saya, rakan-rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Advertisement

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Baginda turut bertitah, ventilator berkenan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.

“Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih-lebih lagi ketika musim penularan wabak Covid-19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.

Advertisement

“Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital-hospital,” titah baginda.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top