BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim, keluarga Diraja Johor kunjungi rumah Exco sempena Tahun Baharu Cina

IMG-20200125-WA0024.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengunjungi kediaman Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor, Jimmy Puah Wee Tse, sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini

Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Keluarga Diraja Johor itu tiba di kediaman Wee Tse di Senibong Cove, Johor Bahru kira-kira jam 9 pagi, hari ini.

Advertisement

Ketibaan keluarga diraja itu disambut dengan tarian singa sebelum diikuti upacara menggaul yee sang, sesi bergambar kenangan dan santapan sempena Tahun Baharu Cina.

Terdahulu, Sultan Ibrahim turut berkenan mewarnakan mata singa sebagai simbolik merasmikan pakaian singa baharu itu.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah meluangkan masa kira-kira sejam sebelum berangkat pulang pada jam 10.15 pagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top