BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim ingatkan rakyat Johor tak ambil mudah kluster baharu

Sultan-Ibrahim-Ibni-Sultan-Iskandar.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan agar rakyat di negeri ini untuk sentiasa berwaspada dan tidak mengambil mudah terutama dengan peningkatan kluster baharu COVID-19 yang dikesan di Johor.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Johor hari ini baginda bertitah, masyarakat perlu terus mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Titah baginda, antara langkah pencegahan yang perlu sentiasa diamalkan rakyat dalam memutuskan rantaian wabak itu termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membasuh tangan dengan kerap, selain menggunakan cecair pembasmi kuman.

Advertisement

“Pada masa sama, masyarakat diingatkan supaya mengelakkan daripada menganjurkan sebarang majlis yang boleh mengundang kepada orang ramai berkumpul (di sesuatu tempat), berikutan dikhuatiri terdedah kepada risiko (dijangkiti). (Oleh itu) janganlah leka atau memandang ringan akan penularan wabak berkenaan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah kegagalan mematuhi SOP akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes, seterusnya menimbulkan pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat.

“Masyarakat juga perlu saling menjaga kesihatan anggota keluarga dengan mengamalkan SOP serta bagi mengelakkan terdedah kepada bahaya jangkitan,” titah Baginda.

Advertisement

Baginda bertitah penularan wabak COVID-19 ini merupakan ujian daripada Allah kepada hambaNya di muka bumi ini, namun setiap ujian yang melanda pasti mempunyai hikmah tersendiri.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top