BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim hidupkan semula gelaran Mejar Cina di Johor

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 SEPT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah gelaran “Mejar Cina” yang pernah dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar dihidupkan semula.

Baginda dalam satu kenyataan bertitah, berkenan melantik seorang pengurus ladang sawit David Wing Khong Soon yang berketurunan Wong Ah Fook sebagai Mejar Cina, berkuat kuasa hari ini.

“Mejar Cina Wong Khong Soon akan menjalankan tugas dan bekerjasama dengan Yayasan Sultan Ibrahim dan lain-lain Yayasan Diraja Johor, pegawai daerah, wakil rakyat, penghulu dan ketua masyarakat dalam mengenalpasti penerima, menyelaras, mengatur dan melaksanakan pengagihan kurniaan bantuan keperluan makanan dan lain-lain kepada Bangsa Johor khasnya kepada masyarakat Cina di daerah-daerah.

Advertisement

“Dalam menjalankan tugas itu Mejar Cina Wong Hong Soon tidak disifat sebagai wakil raja.

“Beliau tidak dibekalkan dengan apa-apa kuasa, hak, imbuhan, kemudahan atau keistimewaan,” kata Yang Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor Abdul Rahim Ramli.

Advertisement

Titah itu turut menyorot sejarah Maharaja Abu Bakar yang melantik Tan Hiok Nee, Kangcu Kangkar Tebrau sebagai Mejar Cina dan Seah Tai Heng , Kangcu Skudai sebagai Kapitan Cina serta menjadikan mereka sebagai ahli dewan negeri mewakili masyarakat Cina.

Menurutnya lagi diantara tugas “Mejar Cina” adalah menjadi perantaraan bagi menyalurkan apa juga titah Diraja kepada rakyatm khasnya bangsa Cina.

“Mejar Cina” itu akan mendapatkan maklumbalas dari masyatakat Cina untuk dijadikan asas perancangan kemajuan dan menentukan mereka tidak dipinggirkan.

Advertisement

Selain itu, pemegang jawatan itu akan membentuk dan mengukuhkan perpaduan mereka dengan masyarakat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top