BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim harap kerajaan segerakan semakan semula syarat ketat program MM2H

Sultan-Ibrahim-harap-kerajaan-segerakan-semakan-semula-syarat-ketat-program-MM2H.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berharap kerajaan menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Baginda membangkitkan isu berkenaan ketika menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi tadi.

Sultan Ibrahim bertitah Johor merupakan antara destinasi utama pelaburan asing, selain negeri ini juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Advertisement

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri.

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat berapa penambahbaikan, supaya is dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekononni,” titah baginda.

Baginda turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor dalam pertemuan bersama Perdana Menteri.

Advertisement

Pertemuan bersama baginda berlangsung kira-kira sejam di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dengan turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

lni merupakan kunjungan rasmi pertama Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu.

Perdana Menteri turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Sultan Ibrahim.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top