BM | EN | 中文

SULTAN IBRAHIM GEMAR KUMPUL TONGKAT KAYU DAN MILIKI LEBIH 200 KOLEKSI 

IMG-20191110-WA0003.jpg

 

JOHOR BAHRU, 10 NOV : Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bukan sahaja gemar memasak di waktu lapang, malah Baginda turut mempunyai hobi mengumpul tongkat kayu.

Baginda Tuanku Sultan sememangnya gemar mengumpul tongkat kayu sejak dahulu lagi dan kini mempunyai koleksi lebih 200 tongkat pelbagai rekabentuk serta saiz.

Tongkat-tongkat kayu itu diperbuat daripada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan juga papan lantai kayu istana-istana lama.

“Ramai yang bertanya mengapa saya memegang tongkat, sebenarnya mengumpul tongkat kayu adalah hobi saya sejak dahulu lagi.

“Saya mempunyai koleksi lebih 200 tongkat kayu pelbagai rekabentuk dan saiz yang dihasilkan secara tempatan serta mempunyai lambang “SI”.

“Pada masa sama, saya juga mempunyai pelbagai koleksi ‘tongkat kuasa’,” demikian titah Baginda Tuanku Sultan di laman sosial Facebook rasminya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah lagi, Baginda juga sering meluangkan masa membersihkan tongkat-tongkat berkenaan yang disusun secara kemas serta teratur.

JohorKini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top