BM | EN | 中文

SULTAN IBRAHIM DAN KELUARGA DIRAJA JOHOR ZIARAH MAKAM DIRAJA SEMPENA HARI HOL

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, semalam, sempena Hari Hol.

Lapor laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berangkat sama, Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat, paduka-paduka anakanda dan menantu, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Advertisement

 

Sultan Ibrahim menyirami air mawar ke salah satu pusara

Tuanku Sultan Ibrahim kemudian menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dan bonda Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Baginda kemudiannya melawat pusara anakanda, Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Advertisement

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad mengiringi bacaan doa pada setiap pusara yang diziarahi Sultan Johor.

Hari Hol merupakan acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top