
Sultan Ibrahim ketika melawat salah satu kedai di Pusat beli-belah Midvalley Southkey
JOHOR BAHRU, 17 SEPT : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengadakan kunjungan secara mengejut ke Pusat beli-belah Midvalley Southkey, di sini, semalam.
Baginda Tuanku Sultan meluangkan masa kira-kira 45 minit beli-belah serta beramah mesra dengan pengunjung.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa kagum dengan pembangunan pusat beli-belah itu yang memulakan operasi pada pertengahan tahun ini.
Johorkini