BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim berkenan bubar DUN Johor

Sultan-Ibrahim-Sultan-Iskandar.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 22 JAN: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekaligus membuka laluan untuk PRN diadakan.

“Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN,” menurut titah Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Besar Hasni Mohammad pada jam lima petang tadi di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu lagi, pertemuan turut disertai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Azmi Rohani, yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top