JOHOR BAHRU, 3 OKT : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa meninjau persiapan akhir pasukan Johor Racing atau Triple Eight Race Engineering di “Blancpain GT World Challenge Asia, Selasa lepas.
Berangkat bersama mengiringi Baginda Tuanku Sultan ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Keberangkatan Baginda berdua dan keluarga DiRaja Johor secara tidak langsung memberi sokongan serta motivasi kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim yang turut menyertai siri perlumbaan berkenaan.
Baginda Tuanku Sultan dan Permaisuri meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan pengurusan pasukan sambil diberi penerangan oleh Pengarah Urusan Triple Eight, Roland Dane mengenai persiapan pasukan menghadapi perlumbaan minggu ini.
Pusingan terakhir siri perlumbaan itu sedang berlangsung di Litar Antarabangsa Shanghai sehingga esok.
Johorkini