BM | EN | 中文

Sultan Ibrahim berangkat hadir Majlis Perkahwinan anak-anak Pengerusi SPAJ

sultan-johor-hadir-kawen.jpg

Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama pasangan pengantin

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat ke majlis perkahwinan dua anak lelaki Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ), Datuk Marsan Kassim di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini, semalam.

Menurut laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut diiringi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada jam 12 tengah hari disambut oleh Datuk Marsan dan isteri sebelum ke meja utama untuk upacara santapan bersama pasangan pengantin.

Advertisement

Dr Mohamed Aizat dan Mohamed Afiq telah berkahwin dengan pasangan masing-masing Nur Adila Ahmad Razif dan Nurfarahin Johar.

Tuanku Sultan meluangkan masa selama satu jam beramah mesra bersama pasangan pengantin dan para tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top