BM | EN | 中文

SUKMA KE-20-LAPAN VENUE BAHARU SIAP APRIL 2020

IMG-20191009-WA0002-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 OKT : Pembinaan lapan venue baharu untuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang bakal berlangsung tahun depan dijangka akan siap dibina sepenuhnya pada April 2020.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, setakat ini, kesemua venue yang menelan belanja RM382.64 juta berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Katanya, berikutan itu, tidak timbul isu projek yang tergendala dan isu berbangkit memandangkan ada beberapa venue dapat disiap lebih awal daripada jangkaan yang ditetapkan.

Advertisement

“Saya sudah melawat beberapa venue untuk Sukma ke-20, kesemua projek pembinaan ini menunjukkan kemajuan dan berjalan baik mengikut jadual dan tidak ada yang mengalami kelewatan.

“Setakat ini, saya sangat berpuas hati melihat progres pembinaan kesemua venue bagi Sukma ke-20.

“Kesemua venue akan siap dibina pada April tahun hadapan, mungkin ada beberapa venue yang akan siap lebih awal pada Februari,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas lawatan kerjanya ke venue Sukma ke-20 di Sports City Mount Austin, di sini, semalam.

Hadir sama; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk A Rahim Nin.

Dalam rangka lawatannya itu, Dr Sahruddin turut melawat venue baharu Sukma di Youth Hub, Iskandar Puteri; Arena Emas, Taman Impian Emas dan Arena Larkin, di sini.

Advertisement

Adun Bukit Kepong itu memberitahu, pembinaan Youth Hub dan Arena Emas sudah mencapai 46 peratus siap.

“Manakala, pembinaan Sports City juga telah hampir siap sepenuhnya membabitkan kira-kira 95 peratus,” katanya lagi.

Venue baharu lain turut dibina di Tasik Rekreasi Eduhub, Pagoh, Muar; Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Bandar Penawar, Kota Tinggi dan Educity, Iskandar Puteri.

Advertisement

Kesemua venue baharu itu akan digunakan mengadakan sukan skuasy, memanah, boling padang, petanque, menembak, berbasikal, olahraga, ragbi, kayak, pelayaran, badminton dan bola sepak.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top