BM | EN | 中文

Sukma Johor ditangguh ke tahun 2024

sukma-johor-2021.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Jawatankuasa tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) semalam bersetuju agar penganjuran temasya sukan terbesar negara itu di Johor pada tahun hadapan, ditangguhkan ke 2024.

Perkembangan itu disahkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut, yang meneliti status laporan terkini penganjuran Sukma dan Para Sukma Johor 2020.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal berkata jawatankuasa sama turut bersetuju supaya Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan Sukma dan Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur.

Advertisement

“Tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dan Para Sukma akan datang.

“Seterusnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan pelaksanaan temasya ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sukma Johor 2020, yang sepatutnya berlangsung pada 6 hingga 14 Mac 2021, dan Para Sukma pada 5 hingga 10 April dibatalkan sekali lagi, berikutan peningkatan kes COVID-19 tahun ini.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top