BM | EN | 中文

Sukma Johor 2020 ditangguh

sukma-johor.png

JOHOR BAHRU, 25 MAC: Jawatankuasa Sukan Malaysia sebulat suara telah bersetuju untuk menangguhkan Sukma Johor 2020 dan para Sukma Johor 2020 ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sukan Malaysia (Sukma).

Jawatankuasa tersebut berkata, keputusan diambil selepas mengambilkira aspek yng paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet-atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya tersebut.

Dalam pada itu mesyuarat telah mengenalpasti dua tarikh cadangan yang menjadi pilihan iaitu pada Disember 2020, atau dianjakkan ke tahun 2021.

Ini katanya selepas mengambilkira perkara melibatkan pemantauan berterusan berkaitan wabak Covid-19, tiada pertindihan dengan tarikh penting lain seperti peperiksaan awam, acara sukan utama selain kepentingan pemegang taruh utama iaitu negeri Johor sebagai tuan rumah.

“Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga bersetuju agar tarikh baru akan diputuskan secepat mungkin pada mesyuarat Jawatankusa Tertinggi Sukan Malaysia yang akan datang, selewat-lewatnya pada awal bulan Mei 2020,” kata Reezal.

Dalam pada itu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut mengalu-alukan langkah diambil Majlis Olimpik Antabangsa (IOC) yang menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo ke tahun 2021 berikutan penularan wabak Covid-19.

“KBS dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan bekerjasama rapat untuk meneliti implikasi keputusan tersebut keatas atlet-atlet dalam masa yang terdekat,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top