BM | EN | 中文

Sukarelawan ‘Semut Merah’, awasi kebakaran hutan mukim Ayer Hitam

tanah-gambut.jpg

Md Ysahrudin (tengah) bergambar bersama pada program Kempen Kesedaran Kebakaran Hutan dan Kesalahan Hutan bersama Komuniti Setempat Hutan

Advertisement

MUAR, 22 FEB: Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Penghulu Mukim Ayer Hitam Utara mengambil inisiatif mewujudkan pasukan ‘Semut Merah’ yang terdiri daripada warga kerja terlatih bersama Pasukan Bomba Sukarelawan Mukim Ayer Hitam.

ADUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni berkata, fungsi utama pasukan ini adalah sebagai pihak terawal yang akan bertindak mengawal kebakaran hutan dari merebak sementara menunggu pihak Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi bagi memadam kebakaran.

Katanya, usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar tidak akan tercapai matlamatnya jika tiada penglibatan daripada masyarakat setempat.

Advertisement

“Saya berharap segala usaha yang dijalankan Jabatan Perhutanan Negeri Johor melalui  program-program seperti penanaman pokok dapat digandakan.

“Semua pihak termasuk penduduk setempat, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan korporat perlu bersama mendokong aspirasi kerajaan dalam hal melibatkan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber hijau di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kempen Kesedaran Kebakaran Hutan dan Kesalahan Hutan bersama Komuniti Setempat Hutan, di sini baru-baru ini.

Advertisement

Tambah Ysahruddin, Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah mengadakan Ekspedisi Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Hutan Paya Gambut Ayer Hitam Utara pada 18 April 2019.

Lanjutan ekspedisi itu satu seminar dijadualkan pada September 2020 di mana penemuan-penemuan kajian ekspedisi tersebut akan dibentangkan.

Tambahnya lagi, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengeluarkan Draf Pelan Induk, Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar Malaysia 2021-2030 pada 25 November 2019.

Advertisement

“Pelan induk itu bertujuan membentuk tadbir urus cekap di peringkat persekutuan dan negeri bagi kawasan yang bertanah gambut di Malaysia.

“Pelan Induk ini boleh dijadikan sebagai satu garis panduan lengkap dalam pengurusan kebakaran tanah gambut,” katanya.

Beliau berkata, selain membendung dan mengawal punca yang berpotensi menyumbang kebakaran tanah gambut, draf itu juga mengemukakan sepuluh bidang utama bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan dan pengawalan kebakaran tanah gambut.

Advertisement

“Usaha berterusan ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan Malaysia dalam mengambil berat berkaitan isu kebakaran tanah gambut dan jerebu yang boleh menjadi bencana alam dan mengakibatkan kerugian kepada sektor ekonomi, sosial dan negara,” katanya lagi.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top