BM | EN | 中文

Sukarelawan program Adun Paloh diminta jalani kuarantin – Pejabat parlimen Kluang

sanitasi-covid-19.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KLUANG, 2 FEB: Susulan Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali disahkan positif Covid-19 semalam, ahli dan sukarelawan pusat khidmat parlimen Kluang yang menyertai program-programnya minggu lalu diminta menjalani kuarantin diri.

Kata ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi pihaknya telah memaklumkan semua yang pernah mengambil bahagian dalam program di mana Sheikh Umar berada untuk menjalani kuarantin di rumah dengan serta-merta.

Shu Qi bagaiamanapun berkata, Adun Paloh itu dilaporkan hanya singgah sebentar pada program sanitasi di Paloh itu dan hanya sampai ketika pasukan sanitasi Unit Tindak Kluang hampir memulakan kerja.

Advertisement

“Pada hari Sabtu yang lepas, Sheikh (Umar) telah hadir sekejap di program sanitasi oleh Unit Tindak Kluang.

“Ketika itu, kami semua berada di luar bangunan dengan aliran udara yang baik. Semua ahli juga memastikan penjarakan sosial semasa berbual dengan saudara Sheikh.

“Beliau hanya singgah sekejap sahaja, dan interaksi amat minima bersama mereka yang hadir,” kata Shu Qi dalam kenyataannya, hari ini.

Advertisement

Bagaimanapun katanya, beliau telah melakukan ujian saringan RT-PCR hari ini dan dijangka menerima keputusan dalam masas satu atau dua hari.

“Sejak semalam, saya telah melakukan kuarantin di rumah. Pembantu saya yang ada hadir bersama dalam program tersebut juga turut kuarantin sebaik sahaja menerima khabar tersebut,” ujarnya lagi.

Beliau turut berkata, pejabat Pakatan Harapan (PH) yang terletak di Pusat Perniagaan Tasik di Kluang masih beroperasi dan akan dikendalikan pegawai yang tidak menyertai program di Paloh.

Advertisement

“Dua pembantu dari pejabat ahli parlimen akan terus bertugas, begitu juga dengan Pejabat ADUN Mengkibol. Manakala, pejabat Adun Mahkota tidak terjejas langsung,” tambahnya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, untuk mengelak kejadian tidak diingini, pihaknya akan memperketatkan SOP dan menggiatkan kerja sanitasi di pejabat.

“Sekiranya anda tidak dapat masuk ke pejabat kerana terlalu ramai pelawat, saya mohon kesabaran untuk tunggu seketika di luar pusat komuniti kami.

Advertisement

“Paling penting sekali, sila pakai pelitup muka sepanjang masa anda berada di ruang awam,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top