BM | EN | 中文

SUKARELAWAN, KAUNSELOR JKM BANTU KURANGKAN TEKANAN DIHADAPI MANGSA BANJIR

IMG-20191218-WA0006.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 18 DIS : Lebih 100 sukarelawan dan kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni mangsa banjir di semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung berkata, usaha berkenaan dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa mengurangkan tahap tekanan dialami susulan bencana tersebut.

“Semua jabatan di bawah potfolio saya kita telah adakan program menyantuni dan meredakan mangsa-mangsa di PPS di seluruh Johor di mana semua jabatan ada PPS angkat yang mereka pergi sejak semalam dan hari ini untuk melakukan aktiviti bersama mangsa di PPS.

Advertisement

“Tujuannya untuk menceriakan dan mengurangkan tekanan kepada mangsa. Bukan sahaja aktiviti terdapat juga kaunselor dan sukarelawan yang bersama untuk bantu mangsa yang perlukan kaunseling,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan lawatan di PPS Sekolah Kebangsan (SK) Gembut, Tanjung Sedili, pagi tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Saipol Rahman Amat, Pengurus Besar Kejora, Norazam Othman.

Advertisement

Cai Tung yang juga merupakan Adun Johor Jaya berharap dengan kerjasama semua agensi dan jabatan, usaha dilakukan itu dapat membantu memberi sedikit keceriaan kepada mangsa.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan puas hati dengan kelengkapan di semua PPS yang dilawati.

“Setelah melawat beberapa PPS kita dapati kerajaan negeri memandang serius banjir kali ini dan semua pihak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna termasuklah dalam melakukan kerja-kerja keselamatan dalam membantu mangsa.

Advertisement

“Cuma apa kita bimbangkan ada gelombang kedua banjir di mana semua mangsa di sini telah dinasihatkan agar terus berada di PPS sama ada gelombang itu hadir atau tidak,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top