BM | EN | 中文

Sukarelawan dari Johor dijemput Ilahi ketika bantu mangsa banjir

Ahmad-Zaki-bin-Mahbar-Komandan-Jabatan-Amal-Malaysia-Kawasan-Mersing.jpg
Advertisement

SHAH ALAM,26 DIS: Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia (JAM), Ahmad Zaki Mahbar meninggal dunia ketika bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang pada Jumaat.

Penasihat JAM Negeri, Mohd Yusni Mat Piah berkata, Ahmad Zaki dilaporkan pitam dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Daerah Banting.

“Sangat besar pengorbanan beliau yang turut terlibat dalam operasi banjir bersama anggota Jabatan Amal Malaysia dari seluruh negara.

Advertisement

“Semoga diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di sisi ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para Syuhada,” katanya menerusi hantaran di Facebook Jumaat lalu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Almarhum bersama pasukan JAM Mersing dari Johor datang membantu mangsa banjir dalam misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar yang terjejas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top