KULAI, 22 NOV: Kejohanan tahunan Sukan Muafakat Johor 2019 bermula hari ini sehingga esok menampilkan 56 pasukan yang akan berentap dalam dua acara iaitu futsal dan bola jaring.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perling Cheo Yee How berkata pasukan-pasuikan itu mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini bagi kejohanan itu yang bertujuan mengeratkan perhubungan dengan masyarakat menerusi aktiviti kesihatan.
“Kita percaya bersukan bukan sekadar satu aktiviti atau program untuk kesihatan, sebaliknya ia merupakan saluran yang paling berkesan untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
“Diharapkan Sukan Muafakat Johor 2019 ini dapat dijadikan medium untuk mengeratkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang mana ia menjadi agenda utama kerajaan negeri,” katanya Yee How, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pada majlis perasmian Sukan Muafakat Johor 2019 di Indahpura Sports City, di sini, hari ini.
Sementara itu, wakil-wakil dari 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor turut memuatnaik gambar-gambar pertandingan di laman sosial Facebook selain kata-kata semangat bagi pasukan masing-masing.
“Memberi kata-kata semangat kepada para pemain agar terus berusaha mencipta kemenangan seterusnya layak keperingkat lebih jauh.
“Semoga pasukan futsal dan bola jaring DUN Kemelah memperolehi kejuaran. Allahumma Aamiin,” tulis Adun Kemelah Dr Sulaiman Mohd Nor dalam catatannya.
Pertandingan suku akhir dan peringkat seterusnya bagi kedua-dua jenis sukan futsal dan bola jaring akan disambung esok.
Johan bagi kedua-dua acara itu akan membawa pulang wang tunai RM2,000 bersama piala dan medal iringan.
Johorkini