BM | EN | 中文

Sukan Makmur XTIV Johor 2021 di 56 kawasan DUN bermula Mei ini

Majlis-Sukan-Negeri-Johor-MSNJ.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 APR: Majlis Sukan Negeri Johor (MSN) bakal menganjurkan kejohanan sukan berkonsepkan liga melibatkan kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan, dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semangat cintakan sukan dalam kalangan rakyat.

Dinamakan Sukan Makmur XTIF Johor 2021, Pengarah MSNJ Nor Syazlan Abd Razak berkata kejohanan itu mempertandingkan acara badminton sepak takraw dan bola jaring yang akan menyaksikan peserta dari 56 DUN bersaing dengan yang terbaik akan bersaing di peringkat daerah dan negeri.

“Tiga sukan utama ini dipilih kerana ia popular dalam kalangan masyarakat di negara ini dan antara sukan yang mempunyai ramai peminat serta penyokong,” katanya ketika taklimat Jawatankuasa Induk Penganjuran dan Periyerahari Cek Peruntukan Sempena Sukan Makmur XTIF Johor 2021 di sini hari ini.

Advertisement

Nor Syazlan berkata setiap DUN turut diberikan subsidi pengelolaan sebanyak RM9,000 dengan RM3,000 bagi setiap jenis sukan dengan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM504,000 daripada kerajaan negeri

Pada masa sama, beliau menjelaskan penganjuran Sukan Makmur XTIE Johor dilihat sedikit sebanyak dapat mempromosi gaya hidup sihat dalarn kalangan masyarakat terutarne ketika pandemik COVID-19 ini.

“Program sukan melibatkan masyarakat sudah sinonim dengan MSNJ sebagai contoh penganjuran terdahulu iaitu Sukan Johor dan Sukan Muafakat.

Advertisement

“Program ini bukan sahaja dapat memakmurkan sukan dalam kalangan masyarakat, malah dapat mempromosi gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata kali terakhir MSNJ menganjurkan program sukan melibatkan masyarakat adalah menerusi penganjuran Sukan Muafakat Johor pada 2019.

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 dijadual bermula pada 21 Mei sehingga 26 Jun bagi acara badminton bola jaring (21 Mel-31 Julai) dan sepak takraw dari 21 Mei hingga 28 Ogos ini

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top