BM | EN | 中文

Suhaizan bidas Hasni bubar DUN guna alasan dangkal

1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB: Calon AMANAH DUN Pulai Sebatang, Suhaizan Kaiat membidas bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohamed yang mencurigai Pakatan Harapan (PH).

Suhaizan berkata, sebelum ini Hasni meminta PH menjadi pembangkang berstrategik kepada kerajaan negeri demi pembangunan serta kestabilan pentadbiran Johor.

Namun begitu, tindakan Hasni membubarkan DUN Johor dengan alasan kerajaan negeri tidak stabil susulan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian menunjukkan sikapnya yang tidak jujur.

Advertisement

“Dulu dia yang minta kita jadi pembangkang berstrategik, sekarang bila kita tunjukkan sikap matang. Dia pula yang curiga kepada kita.

“Kenapa nak terburu-buru nak bubarkan DUN walhal masih ada baki tempoh penggal lebih setahun? Kerajaan ini ada majoriti dan boleh berfungsi dengan baik,” kata Suhaizan yang juga Speaker DUN Johor.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran PDM Kampung Pulai Sebatang dan Kampung Jawa, malam tadi di Pontian.

Advertisement

Turut hadir Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda, pimpinan AMANAH Kawasan Pontian serta Ketua AMK Pontian.

PRN Johor akan berlangsung bermula penamaan calon pada 26 Februari, pengundian awal pada 8 Mac dan pengundian pada 12 Mac.

Advertisement

Seluruh pengundi Johor yang berada di luar Johor digalakkan supaya pulang mengundi bagi memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun.

Share this post

scroll to top