BM | EN | 中文

SUFIAN SUHAIMI DIANUGERAH PEMIMPIN PALING DIKAGUMI ASIA 2019

sufiansuhaimianugerah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OGOS: Sufian Suhaimi dinobatkan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 bagi kategori selebriti (hiburan) dalam satu majlis di ibu negara, hari ini.

Anugerah itu diterima Sufian dalam majlis berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global & ERTC Media.

“Sudah tentu saya berasa gembira di atas pencapaian ini lebih-lebih lagi ia diberikan oleh organisasi bertaraf antarabangsa”.

Advertisement

“Rasa penat lelah saya selama ini berbayar apabila mendapat pengiktirarafan daripada orang luar,” katanya.

Sufian yang popular dengan lagu ‘Di Matamu’ itu berkata anugerah yang diterimanya membakar semangat untuk terus berkarya dalam industri muzik.

Penganjuran anugerah ini merupakan komitmen Herald Global dan ERTC Media menghargai pencapaian setiap individu merangkumi pelbagai bidang seperti industri keusahawanan, pembuatan, kulinari dan rekaan.

Advertisement

Sumber: Mstar

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top