BM | EN | 中文

“SUDAHLAH, TAK PAYAH BUAT CERITA PALSU” – MOHD SOLIHAN

solihan-4.jpg

Mohd Solihan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Orang Asli Segamat Kecil, Kampung Tenang dan Kampung Sawah Baru di kawasan DUN Tenang, baru-baru ini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri menggesa pihak tertentu yang menuduhnya membenarkan kenderaan rasmi kerajaan negeri untuk kegunaan pembantunya agar menghentikan perbuatan menyebar berita palsu tersebut.

Katanya, tuduhan itu sama sekali tidak benar dan berniat jahat untuk memburukkan imej kerajaan Johor.

“Ini dakwaan palsu, berniat jahat dan memburukkan imej bukan (kepada) saya, tetapi kerajaan negeri,” katanya dalam satu rakaman video yang dikongsikan kepada media, di sini, hari ini.

Advertisement

Semalam, sebuah laman Facebook menyebarkan kiriman kononnya Mohd Solihan memberikan pembantunya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan Johor untuk kegunaan peribadi disertakan pakej kad minyak berjumlah RM1,000 sebulan.

Beliau menjelaskan, setiap Exco di negeri Johor dibekalkan dengan dua buah kenderaan rasmi jenis saloon dan pelbagai guna (MPV) untuk kegunaan rasmi.

“Tidak benar sama sekali. Sebab kedua-dua kenderaan itu memang saya gunakan ada di pejabat. Ketika saya gunakan (jenis) saloon, kenderaan (satu lagi) ada di pejabat.

Advertisement

“Pada satu-satu ketika bila pemandu cuti atau tak berada (di pejabat), saya minta pembantu pejabat untuk bawa isteri saya untuk urusan rasmi sebagai ahli Jasmine,” katanya.

Jasmine merupakan pertubuhan amal isteri wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan negeri Johor yang kini dipengerusikan Datin Dr Nila Armila Mukdan.

Adun Tenang itu menjelaskan, beliau sememangnya memiliki kenderaan lain sebelum menjadi wakil rakyat, dan diantaranya digunakan untuk kegunaan para pegawai di kawasannya, termasuk dalam program melibatkan rakyat dan bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.

Advertisement

“Saya benarkan salah seorang pembantu saya yang bukan di pejabat (Exco) untuk gunakan. Itu adalah (keadaan) yang sebenarnya,” katanya yang juga Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor.

Beliau memberitahu, telah digesa anggota partinya dan orang ramai untuk membuat laporan polis terhadap fitnah yang dilakukan laman Facebook tersebut.

“Tapi saya rasa tak perlu. Saya bukan jenis (orang) yang suka salahguna wang kerajaan.

Advertisement

“Dengan ini saya harap orang ramai dan rakyat negeri Johor yang membaca berita palsu itu jelas dengan apa yang saya nyatakan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top