BM | EN | 中文

Subsidiari Scientex beli tanah bernilai RM185 juta di Johor

scientex_com_my.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Subsidiari milik penuh Scientex Bhd, Scientex Quatari Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jual beli dengan Lee Pineapple Co. (Pte) Ltd untuk memperoleh lapan petak tanah di Pulai, Johor seluas kira-kira 81.82 hektar dengan harga RM185 juta.

Pemaju itu dalam satu kenyataan semalam berkata pengambilalihan tersebut dijangka selesai pada separuh pertama 2021 dan akan dibiayai secara dalaman serta pinjaman bank.

Pengambilan tanah itu akan melengkapkan tanah sedia ada seluas 267.49 hektar di Pulai, yang merangkumi pembangunan kediaman dan komersial bercampur termasuk meningkatkan jumlah simpanan tanahnya kepada lebih 2,306.7 hektar di Johor, Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang, yang mencukupi untuk aktiviti pembangunan selama lebih daripada 10 tahun.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif Lim Peng Jin berkata langkah itu akan membolehkan syarikat membina lebih banyak rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Johor.

”Kami sentiasa mencari tawaran simpanan tanah yang sesuai agar kami terus dapat menyampaikan bekalan yang mampan untuk pelancaran masa hadapan termasuk memperluaskan lagi, tawaran rumah mampu milik kami di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sejak segmen pembangunan hartanahnya ditubuhkan pada 1995, ia telah menyiapkan sejumlah 21,531 rumah mampu milik dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6 bilion.

Advertisement

Ia turut menjalankan beberapa pembangunan hartanah bernilai RM1.8 bilion di Johor, Melaka, Selangor, dan Perak.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top