BM | EN | 中文

“Subahat seludup PATI, berani buat berani tanggung” – Hamid Bador

pendatang-asing-tanpa-izin-imigresen-PATI.jpg

Antara operasi tangkapan PATI oleh pihak berkuasa

Advertisement

KUALA LUMPU, 20 JUN: Anggota dan pegawai agensi penguatkuasa yang terbabit bersubahat dengan sindiket membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) perlu menanggung sendiri akibat daripada perbuatan mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengulas tangkapan 18 pegawai dan anggota polis serta tentera kerana disyaki terbabit menjual maklumat kepada sindiket penyeludupan pendatang asing dan dadah di Johor.

“Siapa yang berani buat kena tanggung, tiada kompromi. Kita amat fokus dalam usaha mengekang kemasukan pendatang tanpa izin,” kata Abdul Hamid.

Advertisement

Beliau berkata PDRM akan mengguna pakai prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 agar kesemua yang ditahan tidak dibenarkan ikat jamin dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan ditangkap.

Abdul Hamid dilaporkan Bernama sebagai berkata, siasatan akan diteruskan untuk mendapatkan identiti ahli sindiket itu.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan 18 pegawai dan anggota polis serta tentera lelaki berumur antara 24 hingga 41 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah negeri kerana dipercayai menyalurkan maklumat kepada sindiket penyeludupan pendatang asing serta dadah dengan memperoleh bayaran RM500 hingga RM1,000 sebulan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top