BM | EN | 中文

SUASANA TERKAWAL WALAUPUN ADA PROVOKASI

Sri-muhyiddin.jpg
Advertisement

Oleh: Siti Nursyahidah Abu Bakar

PONTIAN, 16 NOV : Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berlangsung dalam keadaan terkawal dan tanpa insiden luar biasa walaupun berlaku provokasi di beberapa pusat mengundi.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, provokasi yang tercetus bagaimanapun berjaya diredakan pihak polis secara profesional.

Advertisement

“Semangat semua pihak agak tinggi. Yang penting tiada apa-apa yang luar biasa.

“Kalau tak tinggi semangatnya, lesu saja pun satu hal juga. Jadi itu biasalah berlaku dalam pilihan raya setiap parti nak tunjuk semangat masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, hari ini.

Advertisement

Muhyiddin turut menasihatkan penyokong mana-mana parti tidak lagi menimbulkan provokasi agar tidak menakutkan pengundi.

“Bagi kami di Pakatan Harapan (PH) telah dimaklumkan awal-awal lagi jangan buat provokasi. Jika mereka nak laung, jerit untuk parti atau calon itu tidak mengapa.

“Tetapi, provokasi pihak lain itu sesuatu yang harus dielakkan supaya suasana itu sentiasa aman dan terpelihara. Jadi pengundi tak takut untuk keluar,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu yakin sasaran keluar mengundi sebanyak 70 peratus mampu dicapai.

“Sebelum jam 5.30 petang, diharap peratusan mengundi itu meningkat. Kalau rendah pun susah untuk buat pentaksiran antara calon-calon dan sedikit sebanyak bawa kesan pada pilihan raya kali ini,” katanya lagi

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top