BM | EN | 中文

SUASANA PENGUNDIAN ‘MERIAH’ DI SJKC YU MING, PEKAN NANAS

hari-pengundian-10.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 16 NOV: Suasana pengundian di pusat daerah mengundi (PDM) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming dekat Pekan Nanas, di sini, dilihat ‘meriah’ apabila jentera dua parti berseturu terus cuba meraih undi.


Seramai lebih 70 penyokong daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mula bersorak kepada para pengundi yang hadir di situ.

Advertisement

Kesemua mereka yang berkumpul di luar garisan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu turut bersorak terhadap satu sama lain sehingga menimbulkan kekecohan kecil, namun keadaan tetap terkawal.

Keadaan kemudiannya kembali ditenangkan dengan bantuan para petugas SPR serta anggota polis yang berkawal di lokasi tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top